BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL |
Assalammualaikum . Bismillahhirrahmanirrahim.
Memulakan satu coretan untuk dikongsikan kepada umum memerlukan satu tanggungjawab atas apa yang ingin dikongsi bersama orang lain. Perkongsian sama ada maklumat tersebut datangnya dari penulis sendiri mahupun idea individu lain sebenarnya atas dasar ingin memanjangkan ilmu tersebut kepada orang terdekat ataupun pembaca umum. Idea datang untuk menggunakan blog ini sebagai satu wadah perkongsian, apabila terlalu banyak kertas kerja dan bahan-bahan seminar yang dihadiri terbiar begitu sahaja dan akhirnya dibuang bersama surat khabar lama. Perasaan Sayang dan bimbang akan ilmu yang ada hilang begitu sahaja kerana semuanya dalam bentuk hard copy , membuat saya mengambil keputusan untuk berkongsi di sini. Mohon izin daripada penulis sebenar sekiranya saya memuatkan semula hasil penulisan tuan/puan. Bagaimanapun seperti di awal kenyataan saya, saya harus bertanggungjawab atas tulisan saya, saya akan nyatakan sumber utama saya . Ampun maaf diminta dan halalkan perkongsian ini. |
2615 N 118TH STREET
OCEANSIDE, CALIFORNIA 90227 |
MAIN:
FAX: |