Sesiapa yang berada di posisi ini perlu bijak memainkan peranan bila anda perlu jadi 'boss' dan bila anda perlu jadi 'leader'. Ada waktunya berperanan seperti 'leader' sangat-sangat memberi impak yang positif dalam menerajui organisasi yang kita terajui. Bagaimanapun ada waktunya kita perlu memainkan peranan 'boss' untuk menggerakkan staf dan orang bawahan kita bagi mencapai visi dan misi yang telah kita tetapkan. Sejauh mana anda berperanan sebagai instruktional leader itu penting dalam sesuatu organisasi.
0 Comments
ASPEK-ASPEK PSIKOLOGI DALAM SOLAT 1. Aspek kesihatan. Gerakan-gerakan dalam solat bermula daripada takbiratul ihram hingga salam, dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan jasmani dan rohani. 2. Aspek merehatkan otot. Aspek ini dapat merehatkan tekanan insomnia, sifat hiperaktif pada anak dan rasa sakit. 3. Aspek kerehatan indera. Semasa solat, roh kit 'terbang' menghadap Allah s.w.t tanpa perantaraan. Setiap bacaan dan gerakan sentiasa dihayati dan difahami. Ingatan pula hanya memfokuskan kepada Allah s.w.t semata-mata. 4. Aspek Meditasi. Solat mempunyai kesan meditasi, bahkan solat adalah meditasi tertinggi dengan kesan kuar biasa sekiranya dilakukan dengan betu dan khusyuk. 5. Aspek keyakinan. Solat dapat membimbing seseorang menjalani proses pengulangan doa-doa atau bacaan solat yang menyatakan keyakinan dan perbuatan positif. 6. Aspek penyaluran emosi. Solat menjadi alat penghubung atau komunikasi antara seorang hamba dengan Tuhannya. Semasa menunaikan solat, seseorang dapat mengadu dan mengungkapkan isi hatinya kepada Allah s.w.t secara langsung sehingga beban emosi dapat disalurkan secara tepat. 7. Aspek pembentukan peribadi. Melalui solat, seorang hamba akan menjadi lebih berdisiplin, cinta kepada kebersihan, cinta kepada persaudaraan, bercakap dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh dalam hidup. 8. Aspek terapi air ( hydrotherapy). Sebelum menunaikan solat, seseorang perlu berwuduk. Wuduk memberi kesan menyegarkan, membersihkan badan dan jiwa serta memulihkan tenaga. 'Solat adalah manifestasi syukur manusia kepada pencipta' Sumber buku"Indahnya Ibadah Muslim Kosmopolitan " oleh Dr. K.H. Miftah Faridi. MERANGSANG MOTIVASI DALAM DIRI
1. Kata-kata Perangsang Kendiri Setiap Hari. 2. Membaca Al Quran berserta Maksudnya. 3. Memberi ganjaran kepada diri sendiri. 4. Sempurnakan Tugasan. 5. Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain. 6. Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri. 7. Senaraikan Objektif kejayaan yang ingin diraih. 8.Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. 9. Jangan takut melakukan kesilapan. 10. Jangan kedekut untuk membantu orang lain. 11. Ramai yang sudah berjaya melakukannya. |
ArchivesCategories
|